Nikman membaca surat yang baru di terimanya. Dia telah di jemput untuk bertemu seseorang yang bergelar atuk walhal dia sendiri tidak pernah mengenali lelaki yang bergelar atuk Khalid itu. Ibubapanya tidak pernah mencerita kisah lampau mereka.
“ Ina rasa macam mana.” Tanya Nikman kepada isterinya Zarina
“ Entah la bang. Dua tiga hari Ina rasa pelik. Seperti ada yang memanggil nama Ina padahal bila Ina toleh tiada siapa pun di sekeliling.” Kata Zarina. Nikman tertawa kecil.
“ Mungkin perasaan Ina kut. Yang abang dengar, Ina yang kerap panggil nama abang.” Gurau Nikman. Zarina tertawa bila Nikman berkata demikian. Dia pun tidak terlalu memikirkan apa yang di dengarnya. Mungkin benar apa yang di katakan Nikman
“ Jadi ke abang bertemu atuk Khalid seperti dalam surat tu.” Tanya Zarina
“ Insyaallah Ina. Abang pun tak sabar untuk mengenali secara dekat siapa atuk Khalid ini. Ina ikut abang sekali.” Pelawa Nikman dan isterinya hanya mengikut saja. Sedang Ina mengemas barang, tiba-tiba dia terdengar suara bisikkan di telinganya…
“ Zarina…Zarina….” Zarina terus mencampakkan pakaian dan berlari ke arah Nikman
“ Banggg….Suara tu memanggil nama Ina lagi. Ina takut bang. Zarina terketar-ketar mendapatkan suaminya.
“ Bang..Kita batalkan pertemuan dengan atuk Khalid. Semenjak abang menerima surat tu, Ina kerap di ganggu bang. Ina takut.” Kata Ina
“ Ina ni kerap sangat berkhayal. Tak ada apa la. Macam ni la. Ina tak payah pergi. Biar abang sorang yang pergi. Ina di rumah saja.” Kata Nikman tapi Zarina tetap ingin mengikut suaminya juga dari di tinggalkan keseorangan di rumah.
“ Bangg….Itu siapa di atas sofa.” Zarina menunjuk sesuatu kepada Nikman. Nikman juga terkejut bila melihat seorang wanita berambut gerbang tiba-tiba berada di atas sofa. Dari arah mana dia masuk. Wanita rambut gerbang hanya membatu saja tidak bergerak. Nikman memberanikan dirinya berjalan kearah wanita tersebut. Tiba-tiba wanita berambut gerbang memaling kearah Nikman dan Zarina lalu tersengih. Terserlah wajahnya yang menggerutu membuatkan Nikman mencapai tangan Zarina dan meluru keluar dari rumah mereka. Kereta meluncur laju keluar dari rumah. Mereka sendiri tiada arah yang hendak di tuju. Nikman menghentikan keretanya di tepi jalan. Fikirannya buntu. Masih terbayang wajah wanita rambut menggerebang yang memandang mereka sambil tersengih-sengih.
“ Abang bertenang dulu. Istighfar…” Pujuk Zarina
“ Ataghfirullah…astaghfirulllah…” Nikman beristighfar dan menenangkan dirinya.
“ Macam mana ni bang. Ina rasa ini ada bersangkutan dengan surat yang abang dapat. Kita batalkan niat kita bang.” Pujuk Zarina
“ Tidak Ina. Ini permulaan bagi semua ini. Abang nak tau apa kesudahannya.” Tegas Nikman. Dalam keadaan ketakutan, mereka pulang ke rumah lalu menyiapkan pakaian dan terus keluar mencari lelaki yang mengaku sebagai atuk Khalid. Bermacam-macam perkara yang terlintas di kepala Nikman. Siapa atuk Khalid yang sebenarnya. Kenapa ibu dan ayah tak pernah bercerita tentangnya. Apa rahsia atuk Khalid yang cuba di sembunyikan.
“ Apa yang abang mengelamun tu. Diam saja tak berbual.” Tegur Zarina
“ Abang sedang fikirkan siapa atuk Khalid yang menghantar surat kepada abang dan apa rahsia di sebaliknya.” Jawab Nikman
“ Ina pun terfikir juga macam abang fikir. Kita serah segalanya kepada Allah bang.” Kata Zarina. Kereta terus melincur laju. Sekali sekala Nikman menoleh kearah Zarina yang begitu nyenyak tidur.
Akhirnya mereka tiba di sebuah pekan kecil. Nikman membelek surat yang tertera alamat atuk Khalid.
“ Kita dah sampai ke bang.” Tanya Zarina yang baru tersedar dari tidur akibat keletihan.
“ Kalau ikutkan alamat yang tertera, kita dah sampai. Nanti kita tanya orang kampong.” Nikman terus memandu dan akhirnya bertemu dengan seorang lelaki yang sedang berbasikal.
“ Assalamualaikum pakcik.” Di jawab salam Nikman oleh pakcik Razak
“ Boleh saya tanya di mana saya boleh berjumpa alamat ini.” Tanya Nikman kepada pakcik Razak sambil menghulurkan surat. Kelihatan riak muka pakcik Razak berubah.
“ Khalid….Kamu ni siapa.” Tanya pakcik Razak
“ Entah la pakcik. Dia mengaku dirinya sebagai atuk saya tapi ibu dan ayah saya tak pernah bercerita tentang atuk.
“ Emak kamu nama Sufiah dan ayah kamu Muhsin betul ke.” Tanya pakcik Razak
“ Betul pakcik. Pakcik ni siapa.” Nikman bertambah semangat ingin mengetahui asal usulnya. Pakcik Razak terus memeluk Nikman. Terkejut Nikman dan Zarina kenapa pakcik Razak memeluknya.
“ Kamu cucu saudara aku rupanya. Atuk abang kepada atuk Khalid. Ayahmu itu anak kepada Khalid.” Menangis mereka berpelukan bila pertama kalinya mereka bertemu.
“ Macam ni la. Kamu ke rumah atuk dulu. Kita berborak. Nanti atuk tunjukkan rumah yang kamu cari.” Nikman dan Zarina akur pelawaan atuk Razak. Mereka bergerak ke rumah atuk Razak. Inilah peluang Nikman untuk mengetahui asal usulnya. Dia tidak sabar lagiMak Bedah isteri atuk Razak meghidangkan makanan di atas meja. Nikman dan zarina sudah menelan air liur bila melihat makanan kampong. Ulam-ulaman dari pucuk pokok yang tidak pernah mereka lihat sebelum ni. Selepas makan, mereka duduk di atas lantai. Rumah atuk Razak tidak ada sofa. Hanya berlapikkan tikar mengkuang. Nikman mula gelisah…
“ Atuk…Ceritalah serba sedikit tentang keluarga saya.” Kata Nikman. Atuk Razak terus membalut rokok daunnya. Agak lama dia mendiamkan diri. Mungkin mengimbas kenangan lalu.
“ Atuk dan atuk kamu hanya 2 beradik saja. Atuk ni adik kepada atuk kamu Khalid. Kami tinggal di hujung kampung. Moyang kamu memilikki sebuah rumah bungalo besar. Nanti kamu akan lihatnya. Kami boleh bermain di mana saja asalkan tidak menghampiri sebuah bilik kecil kepunyaan moyang kamu.”
“ Bilik itu berkunci. Moyang kamu tidak pernah memasukki bilik itu. Suatu hari ketika kami bermain, atuk kamu mengajak atuk pecahkan pintu bilik. Entah kenapa tiba-tiba saja atuk kamu berubah. Bilik yang tidak pernah kami hiraukan sebelum ni, tiba-tiba ingin di pecahkannya. Atuk pertahankan agar jangan di pecahkan tapi atukmu dengan cepat mengambil kapak lalu memecahkan kunci. Bila pintu di buka, kami dapat rasakan seperti angin kuat menyentuh kami. Atuk kamu tiba-tiba jatuh pengsan. Bila moyang kamu pulang, terus dia menerpa dan memarahi kami kenapa di buka pintu bilik. Kata moyang kamu benda itu sudah terlepas.” Cerita atuk Razak. Matanya terus memandang luar seperti menyesal.
“ Benda apa tu tuk.” Tanya Razak. Atuk Razak terus menghisap rokok daun. Matanya merenung jauh ke dalam hutan.
“ Itulah saka. Moyang kamu mewarisi dari keturunan. Walaupun bukan kehendaknya tapi ia terpaksa. Ayahmu kerap menasihati moyang kamu agar membuang saka tapi moyang kamu tak mengendahkannya. Bila ayahmu berkahwin dengan ibumu Sufiah, saka tu seperti dah suka dengan ibumu. Kerap kali ia mengganggu ibumu.” Zarina terus memandang Nikman. Adakah wanita hodoh rambut mengerbang itu mempunyai pertalian dengan saka moyang. Bisik hati kecil Zarina.
“ Ohh ya. Baru atuk teringat. Apa khabar ayah serta ibumu.” Nikman terdiam.
“ Ayah dan ibu meninggal setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya 2 tahun lepas.” Kata Nikman. Atuk Razak terus berkumat kamit membaca sesuatu.
“ Kamu rehatlah dulu. Esok atuk bawa kamu berdua berjumpa atuk Khalid.” Kata Atuk Razak.
“ Bang…Ina rasa tak sedap hatilah. Kita batalkan saja pertemuan esok.” Desak Zarina.
“ Ini saja masa yang sesuai abang dapat bertemu dengan atuk Khalid. Bila dah berjumpa kita boleh pulang ya.” Pujuk Nikman dan Zarina mengalah dengan pujukkan suaminya.
“ Zarina….Zarina. Datang la…hehe.” Zarina tiba-tiba tersentak dari tidurnya.
“ Kenapa ni Ina.” Tanya Nikman
“ Ina mimpi wanita rambut gerbang panggil Ina.” Kata Zarina
“ Tak ada apa la Ina. Tidur la. Esok kita nak jumpa atuk Khalid.” Namun Zarina tidak dapat memejamkan matanya. Dia asyik memikirkan wanita rambut gerbang
“ Zarina datang yaaa…” Zarina terus menekup telinganya bila terdengar suara di cuping telinganya. Suara itu terus memanggilnya.
Atuk Razak kelihatan sudah bersiap. Mak Bedah terus menyiapkan sarapan pagi. Nikman begitu ceria ingin bertemu buat pertama kalinya dengan dengan atuk Khalid. Dia tidak pernah melihat wajah atuk. Tidak juga pernah di ceritakan oleh ayahnya. Zarina pula bertambah resah bila ingatkan akan suara semalam namun dia lebih redho bila melihat dua pertemuan bersejarah ini. Nikman memandu perlahan mengikut kayuhan atuk Razak memasukki lorong yang di penuhi semak samun. Akhirnya mereka tiba di perkarangan bungalo usang. Terdapat pokok dan buaian yang masih lagi kukuh. Seorang lelaki keluar dari bungalo berjalan menuju ke arah mereka. Nikman terus memeluk atuk Khalid. Menangis mereka bila pertama kalinya bertemu.
“ Kamu apa khabar Razak.” Tanya atuk Khalid
“ Baik bang.” Ringkas jawapan atuk Razak
“ Masuklah dulu ke dalam rumah ini. Apa kamu sudah tidak suka lagi akan rumah ini.” Kata atuk Khalid. Atuk razak mengalah lalu masuk bersama Nikman dan zarina.
Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba Nikman tersedar Zarina tiada di dalam rumah. Mereka keluar rumah dan melihat Zarina sedang berada di atas buaian. Zarina tidak menghiraukan mereka. Dia begitu leka dengan buaian sambil menyanyi lagu kosong. Atuk Razak memandang wajak atuk Khalid yang kelihatan tersenyum.
“ Ina jom la masuk ke dalam dulu.” Kata Nikman
“ Abang masuk lah dulu. Ina seronok berada di luar. Nyaman. Ina suka rumah ni.” Nikman terkejut mendengar kata-kata Zarina. Sebelum ni dia yang banyak menasihatinya agar membatalkan hasrat ke sini tapi sekarang isterinya sudah jatuh cinta dengan bungalo usang ini.
“ Biarkan isteri kamu Nikman. Dia sedang biasakan dirinya tu.” Kata atuk Khalid
“ Kamu bermalam saja di rumah atuk. Banyak perkara yang atuk nak bercerita dengan kamu.” Nikman akur dengan pelawaan atuknya memandangkan isterinya sudah mulai suka akan rumah ini. Nikman ke kereta untuk mengeluarkan pakaian mereka. Tiba-tiba Nikman terkejut bila dia melihat wanita rambut mengerbang sedang berdiri di sebelah Ina.
“ Inaaa……” Nikman memanggil isterinya. Tiba-tiba wanita rambut mengerbang terus hilang.
“ Jom la masuk.” Kata Nikman sambil menggaru kepalanya. Dia sendiri tidak pasti adakah benar apa yang di lihatnya atau sekadar igauan
“ Hati-hati Man.” Bisik atuk Razak
Seusai makan malam, atuk Khalid memanggil Nikman dan Zarina. Nikman berdbar-debar menanti apa perkara yang atuk Khalid ingin bincangkan sehingga berutus surat. Atuk Khalid mula menghirup secawan kopi..
“ Begini…Atuk tidak ada lagi waris lain. Hanya kamu dan isteri kamu saja yang atuk ada. Atuk nak serahkan segala apa yang atuk miliki kepada kamu dan zarina sebelum atuk pejamkan mata. Kalau kamu bersetuju kita akan mulakan akad.” Kata atuk. Nikman terasa pelik kenapa harus di adakan akad. Seperti akad nikah pulak. Nikman teringat pesanan atuk Razak….
“ Hati-hati Man.” Kenapa atuk Razak berpesan demikian. Apa yang Nikman perlu berhati-hati.
“ Atuk berikan Man masa untuk berfikir.” Kata Nikman.
Zarina sudah mula gelisah. Dia menguis telinganya. Seperti ada sesuatu yang membisik di telinganya.
“ Zarina…Zarina…Marilah kita main buaian.” Terus Zarina bangun dan membuka pintu
“ Ina nak ke mana tu.” Tanya Nikman
“ Ina nak main buaian.” Jawab Zarina. Terdiam Nikman dan bertambah pelik dia. Dia terus mengikut isterinya keluar.
“ Bangg…Bulan mengambang. Cantikkan.” Terus Zarina duduk di atas buaian dan menyanyi. Sesekali Nikman seolah-olahnya melihat seperti wanita rambut mengerbang yang berada di atas buaian. Tersengih dia melihat Nikman
“ Kenapa abang melihat Ina seperti melihat jembalang. Haha….” Bertambah seram Nikman bila melihat Zarina tertawa. Belum pernah Zarina tertawa begini.
Nikman terus mengajak Zarina masuk ke dalam. Nampak ketara akan perubahan isterinya.
“ Bangg…Terima saja pemberian atuk tu. Rumah ni cantik. Ina suka sangat.” Kata Zarina.
“ Sebelum ni Ina takut sangat. Kenapa sekarang Ina suka sangat. Ina suka apa ni.” Usik Nikman
“ Ina sukaaa….sukaa…..Wanita rambut mengerbang….haha.” Terkejut Nikman bila Zarina menyergahnya. Zarina tidak pernah bergurau begini. Nikman asyik menjeling kearah isterinya yang sudah di ulit mimpi indah. Nikman terus berfikir adakah perlu dia menerima tawaran atuknya. Tersenyum juga dia bila mengenangkan rumah bungalo usang ini bakal menjadi miliknya dan isteri. Akan di ubah suai hingga ianya menjadi cantik. Itulah angan-angan Nikman hinggakan dia sendiri tidak menyedari terlelap. Bungalo usang tersergam indah di sinari cahaya bulan. Buaian bergerak dengan sendirinya tiada siapa yang peduli……
BACA JUGA :
Nikman tersentak dari tidurnya. Tingkap terbuka luas dan angin sejuk telah menyentuh tubuhnya. Cepat-cepat Nikman bangun untuk menutupnya. Terkejut Nikman bila di dapati isterinya Zarina tiada di atas katil. Dari jauh dia mendengar seperti suara seseorang sedang menyanyi. Terus Nikman ke arah tingkap…
##AriffBudiman
“ Inaaa….Kenapa berada di luar jam 3 pagi ni. “ Namun Zarina tidak menghiraukan teguran Nikman. Nikman terus keluar lalu membuka pintu. Terfikir juga dia bagaimana Zarina berada di luar sedangkan pintu berkunci. Nikman terus ke arah pohon rendang di mana isterinya sedang duduk di atas buaian sambil menyanyi.
“ Inaa..Bagaimana Ina boleh berada di luar sedangkan pintu berkunci.” Tanya Nikman. Zarina hanya menundukkan kepalanya.
“ Abangg…Buat apa di luar tu.” Tanya Zarina. Nikman terkejut bila melihat isterinya Zarina berada di depan pintu. Tapi bukankah isterinya sedang bermain buaian. Nikman memusing kembali ke arah buaian namun hanya buaian saja yang bergerak.
“ Abang nampak Ina sedang berada di atas buaian tadi. Tu sebab abang keluar.” Kata Nikman
“ Abang ni. Ina tidur sebelah abang tak bergerak pun abang tak nampak. Abang ni kenapa.” Tanya Zarina. Nikman menggaru kepala yang tidak gatal lalu menaiki anak tangga masuk ke dalam rumah.
“ Banggg…Wanita rambut panjang berada di dapur.” Kata Zarina sambil menuding ke arah dapur. Nikman terus ke dapur. Betul seperti apa yang di katakan isterinya. Wanita berambut panjang sedang membuat sesuatu di dapur.
“ Errr…Makcik ni siapa. Macam mana makcik boleh berada di dalam rumah ini.” namun wanita berambut panjang hanya membisu.
“ Ina…Ina…” Seru wanita berambut panjang. Nikman terus memegang badan wanita berambut panjang bila dia menyebut nama isterinya.
“ Aku nak Ina. Aku suka dia hehe….” Tiba-tiba wanita berambut panjang hilang dan serta merta terdengar Zarina menjerit…
“ Abangggg……” Nikman terus berlari dan mendapatkan isterinya yang telah pengsan. Di letaknya Zarina di atas katil lalu mendapatkan atuk Khalid. Atuk Khalid kelihatan begitu tenang bila menerima berita ini. Mereka bergegas ke bilik Nikman.
“ Atuk rasa sudah tiba masanya atuk serahkan rumah ini dan segala harta-harta yang berada di dalam rumah ini. “ Nikman kebingungan. Ini bukan masanya dia nakkan harta. Ini tentang isterinya yang telah pengsan.
“ Kejap lagi isteri kamu sedar la.” Kata atuk Khalid dan tepat sekali. Zarina membuka mata lalu bertanya apa yang berlaku.
“ Kamu berdua tidurlah dulu. Esok kita berbincang.” Kata atuk Khalid.
Sepanjang malam Nikman tidak dapat melelapkan matanya. Dia sedang berfikir apa harta yang bakal dia terima dariatuk Khalid termasuk rumah banglo ini.
“ Ina..Atuk Khalid nak serahkan banglo dan segala hartanya kepada abang. Bagaimana pendapat Ina.” Tanya Nikman
“ Kalau atuk sendiri nak beri, abang terima sajalah lagipun Ina dah suka bungalo ni. Entah kenapa Ina rasa sayang nak tinggalkan bangalo ni. Bestkan abang. Tak sangka bangalo ini akan jadi milik kita.” Kata Zarina. Nikman tersenyum bila membayangkan bangalo ini bakal di ubah suai menjadi gah di dalam kampong ini.
Tiba-tiba Nikman terkejut dari tidurnya. Dadanya begitu cepat turun naik.
“ Kenapa bang.” Tanya Zarina separuh sedar
“ Abang mimpi ngeri Ina.” Jawab Nikman
“ Abang ni. Mimpi kan mainan tidur. Tidurlah bang.” Kata Zarina dan terus melelapkan matanya. Nikman masih terkebil-kebil mengingati akan mimpinya.
“ Zarina akan menjadi milikku..Hehe.” Nikman terus risau memikirkan akan maksud mimpinya itu. Isterinya sudah jauh entah kemana kembaranya.
Awal pagi lagi Nikman dah bangun. Sungguh mendamaikan suasana kampong pada waktu pagi.
“ Awal kamu bangun Man.” Tegur atuk Khalid. Nikman hanya tersenyum mendengar teguran atuknya.
“ Nanti bila isteri kamu bangun, boleh la kita berbincang.” Kata atuk Khalid. Nikman terus ke bilik lalu mengejutkan isterinya agar cepat bersihkan diri.
“ Apa yang atuk nak bincang dengan kita bang.” Tanya Zarina
“ Mungkin tentang rumah dan hartanya kut.” Balas Nikman. Bila atuk Khalid melihat mereka telah ada, terus dia mengajak mereka ke ruang tamu.
“ Atuk dah buat keputusan nak serahkan rumah yang indah ini dan segala harta yang atuk miliki kepada kamu berdua. Pada atuk hanya kamu yang layak menerimanya.” Tersenyum Nikman memandang wajah isterinya. Begitu juga Zarina. Akhirnya rumah bungalo akan menjadi milik mereka. Zarina berkahyal seorang diri.
“ Apa yang perlu kami buat atuk.” Tanya Nikman. Atuk Khalid terdiam. Mungkin sedang memikirkan sesuatu.
“ Macam ni lah Man. Kita akan buat secara lafaz seperti lafaz akad nikah. Kalau kamu setuju, kamu hanya jawab setuju saja. Mudah saja.” Kata atuk Khalid dan Nikman bersetuju. Kelihatan atuk Khalid sedang membaca sesuatu.
“ Nikman….Atuk serahkan rumah ini dan segala harta atuk kepada kamu berdua. Adakah kamu bersetuju.” Atuk Khalid memulakan bicara.
“ Saya bersetuju.” Balas Nikman. Serta merta terdengar daun pintu tingkap di tutup dengan kuatnya dan di sertakan angin kuat di dalam rumah mereka.
“ Abanggg….” Tiba-tiba Zarina menjerit dan pengsan. Kelam kabut juga Nikman bila melihat isterinya pengsan. Atuk Khalid membaca sesuatu.
“ Nanti sedarlah isteri kamu.” Kata atuk Khalid
“ Apa yang terjadi tuk.” Tanya Nikman namun atuk Khalid hanya mendiamkan diri dan terus berlalu pergi.
Atuk Razak menjadi gelisah. Entah apa pula yang terjadi terhadap Nikman. Dia seperti dapat merasai sesuatu. Dia terus bergegas ke bungalo. Sunyi sepi keadaan persekitaran bungalo. Atuk razak memberi salam namun tiada jawapan. Terus atuk razak beranikan diri membuka pintu dan masuk ke dalam. Hairan atuk Razak kemana perginya Nikman dan Zarina. Akhirnya dia terdengar hilaian ketawa yang amat menyeramkan di dalam bilik Nikman. Terus atuk Razak menolak pintu dan terkejut bila melihat Nikman berlumuran darah. Kelihatan pisau terbenam di perut Nikman.
“ Atukkk…Tolong saya. Zarina telah menikan perut saya. Sakit atuk.” Ucap Nikman sambil memegang perutnya
“ Ya Allah…Apa yang terjadi ni Man. Mana isteri kamu.” Tanya atuk Razak. Nikman terus menunjuk di atas siling.
“ Astaghfirullah hal azim. Apa yang terjadi kepada Zarina.” Terkejut atuk Razak bila melihat Zarina sedang melekat di siling. Rupanya bukan seperti Zarina lagi tetapi lebih kepada wanita tua. Atuk Razak terus mencari Atuk Khalid. Dia tahu di mana tempat yang harus dia tuju. Tak lain dan tak bukan bilik yang tidak di benarkan mereka bermain.
“ Apa yang telah abang lakukan terhadap Nikman dan Zarina.” Tanya atuk Razak
“ Aku hanya berikan hak warisan mereka. Mereka berhak menerimanya.” Jawab atuk Khalid
“ Tapi warisan itu merosakkan akidah kita bang. Kenapa abang sanggup lakukan terhadap mereka.” Kesal atuk Razak
“ Sudah terlewat Razak. Mereka telah menerimanya.” Kata atuk Khalid
“ Saya akan hapuskan benda tu bang walau jiwa saya menjadi taruhannya. Kesian mereka tidak tahu apa-apa.” Kata atuk Khalid
“ Kamu akan berhadapan dengan aku dulu Razak.” Kata atuk Khalid
“ Demi Allah dan Rasulnya bang. Saya bukan menentang abang tapi syaitan. Sekurang-kurangnya bila saya m4ti, saya dapat menjawab bila di tanya Allah.” Kata atuk Razak dan terus melangkah ke bilik Nikman.
Bila saja atuk Razak masuk ke dalam bilik, tiba-tiba dia merasakan seperti sesuatu menolak badannya dan melambung ke arah dinding.
“ Hahaha…Kau nak menentang aku Razak.” Kata Zarina. Badannya terapung-apung di udara.
“ Aku tau kamu bukan Zarina. Kamu adalah syaitan. Aku seru kamu keluar dari badan Zarina.” Kata atuk Razak
“ Kau siapa nak arahkan aku. Zarina milik aku. Aku tak perlukan Nikman. Sebab itu aku tikam Nikman. Haha…” Kata Zarina. Atuk Razak sempat mengerling ke arah Nikman yang tidak sedarkan diri akibat di tikam pisau di perutnya.
“ Kamu syaitan terkutuk. Kamu telah mencabar aku.” Kata atuk Razak lalu memperkukuhkan silanya. Atuk Razak terus membaca sepotong ayat quran dari surah Az Zumaar ayat 42.
“ Allah ( Yang menguasai segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa m4tinya, dan jiwa orang yang tidak m4ti: dalam masa tidurnya, kemudian ia menahan jiwa orang ia tetapkan m4tinya dan melepaskan balik jiwa yang lain ( ke badannya ) sehingga sampai ajalnya yang di tentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir ( untuk memahaminya ).”
Atuk Razak terus menepuk lantai dan terus Zarina jatuh di atas tilamnya. Kini yang terapung-apung di atas ialah seorang wanita tua yang berambut panjang. Dia kelihatan kesakitan. Suaranya yang terbatuk-batuk mirip suara atuk Khalid.
“ Sudah la bang. Bertaubat la. Allah maha pengampun bang. Buang la amalan abang. Mari kita hidup berlandaskan agama.” Sayu saja permintaan atuk razak. Namun wanita tuan berambut panjang memperkukuhkan diri lalu membaca mentera yang tidak di faham oleh atuk Razak. Tiba-tiba badan atuk Razak menjadi kaku dan tidak dapat bergerak. Ketawa wanita berambut panjang. Atuk razak menenangkan dirinya dan terus membaca ayatul Qursi dan surah Ar Rad ayat 13,
“ Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, ( demikian pula ) para malaikat kerana takut kepadanya dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan dialah tuhan yang maha keras siksanya.”
Atuk Razak menekapkan kedua tangannya dan seperti dia melempakan sesuatu kearah wanita berambut panjang. Terus dia menjerit lalu menghilangkan diri. Atuk Razak bergegas ke bilik atuk Khalid. Badan atuk Khalid telah terbakar. Atuk Khalid berguling-guling kesakitan tetapi atuk Razak tidak dapat melakukan apa-apa lagi. Hanya istighfar yang terdengar di mulutnya. Api terus menyambar kotak-kotak serta kain yang kering. Atuk Razak terus ke bilik Nikman lalu mengeluarkan Zarina dan Nikman. Bungalo besar mula di jilat api. Zarina memandang sayu bungalo yang hangus terbakar. Nikman akhirnya di pulihkan atuk Razak dan di beri rawatan lanjut. Begitu tenang atuk Razak walaupun jauh di sudut hatinya, darah daging sendiri maut terbakar di dalam bungalo yang telah membesarkan mereka berdua. Bagi Nikman dan Zarina pula, ini merupakan pengajaran buat mereka. Jangan senang-senang menerima sesuatu yang mereka sendiri belum pasti apakah barang yang akan di terima.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar